Haiiiii
Hari ini saya nak share satu resepi yang mudah dan senang untuk awak-awak semua buat iaitu roti sardin gulung. Resepi ini saya ambil dari Azie Kitchen. Selamat mencuba!! 💙💚💛💜
Roti Sardin Gulung
Oleh : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
Roti Gardenia secukupnya
1 tin sardin Yeos
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 tangkai cili merah - hiris
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
3 biji telur - dipukul seketika
Sedikit tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
Cara-cara membuatnya :
Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu. Masukkan bawang besar yang telah dihiris, cili merah dan air perahan limau nipis
Kemudian letak di atas Roti Gardenia dan gulungkan. panaskan kuali dan goreng sehingga masak.
Nota : Keluarkan sedikit sos sardin sebab tidak mahu ianya berkuah.
No comments:
Post a Comment