Thursday, July 11, 2019

REVIEW BUKU 2019

4 Buku Biografi Wajib Anda Baca Sebagai Hobi 2019

Apa kata mantapkan ilmu didada dan bahan bacaan anda. Walaupun rakyat Malaysia sinonim dengan sifat malas membaca namun tidak salah kalau kita ketepikan hakikat itu. Cubalah jadikan membaca sebagai azam anda yang baru untuk tahun ini. 
Tetapkan dalam tiga atau lima buah buku dahulu sebagai penanda aras. Penulis juga seperti anda semua, niat dalam hati memang ingin membaca tapi tidak mempunyai masa yang mencukupi. 
Jadi mari kita sama-sama tahun ini tamat baca lima buah buku biografi menarik ini, hasil cadangan dari rakan dan keluarga penulis sendiri!

#1 Eat, Pray, Love: One Woman’s Search for Everything Across Italy, India and Indonesia

Jika anda peminat filem romantik komedi pasti tahu tentang cerita ini. Novel biografi hasil Elizabeth Gilberth mengisarkan pengembaraan beliau ke pelusuk dunia selepas berhadapan dengan perceraian. Tanpa disangka Gilberth mempelajari banyak perkara baru tentang kehidupan melalui tiga negara yang dikunjungi Itali (eat), India (pray) dan Indonesia (love). Kalau anda pernah tengok adaptasi filemnya, cuba baca pula novel sebenar. Pasti lebih dekat dengan hati dan terinspirasi.



#2 I Am Malala: The Girl Who Stood Up for Education and Was Shot by the Taliban

Siapa tidak kenal dengan Malala Yousafzai iaitu remaja yang menerima Nobel Prize dalam kategori menyuarakan hak asasi untuk kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan. Biografi ditulis bersama Christina Lamb menceritakan kisah awal Malala berjuang untuk ke sekolah dan ditembak oleh pihak Taliban. Novel ini telah diharamkan di Pakistan dan keluarga Malala sendiri dapat ancaman bunuh dari Taliban. Anda boleh dapatkan cetakan dalam Bahasa Malaysia!



#3 Born a Crime

Hasil nukilan pelawak asal Afrika Selatan, Trevor Noah. Kisah pengalaman hidup Noah sebagai anak kacukan dari ayah kulit putih dan ibunya warga Afrika yang tersepit dalam isu perkauman. Walaupun jalan cerita yang santai dan melucukan, Noah bijak mengetengahkan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah Afrika Selatan memperkenalkan sistem apartheid. Beliau tersepit dalam darah kacukannya dan warna kulitnya sendiri.

#4 My Name Is Hasmah

Jika suaminya Tun Mahathir punya biografi sendiri begitu juga dengan si isteri, Tun Siti Hasmah. Ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-90, Tun Hasmah telah melancarkan catitan biografi My Name Is Hasmah. Buku ini padat dengan kisah kepayahan Tun Siti Hasmah ketika zaman remaja, belajar, mendidik anak-anak dan digelar sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu di Malaysia. 


Tahun 2019 ini jadikan tahu untuk anda bebas telefon pintar, media sosial dan dunia web. Kembali semula dengan bahan bacaan yang lebih berilmiah dan memberi positiviti. Selamat Membaca! 

Thursday, July 4, 2019

KELAS HUJUNG MINGGU



Haiiiii Bertemu lagi. 

Sebagai pelajar separuh masa, saya perlu menghadiri kelas setiap hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad sekali dalam sebulan. Kelas ini diadakan di KYP Taman Gelora, Kuantan.


💙💚💓💛💜💗💙💚💛







Monday, July 1, 2019

ROAD TO 55 KG


Assalamualaikum...

Post kali ini saya nak kongsi pengalaman saya menurunkan berat badan sebanyak 17 KG. Pengalaman yang sangat indah untuk saya lalui dan ingati. Bukan mudah sebenarnya untuk harungi perjalanan 17 kg itu tapiiii bukan mustahil ye awak-awak janji usaha yang berterusan InsyaAllah kita akan berhasil. 

Cita-cita nak turun sehingga 55kg 🙈. 
Doakan saya yee awakk 💙💚💛💜

61 vs 78


Kelas yang diadakan setiap hari isnin dan rabu 


Berat tau angkat tayar tuu 😝